KOMPONEN ASAS
1) Input : digunakan untuk menghubung sistem komputer seperti memberi arahan , mendapatkan maklumat, memasukkan data
2) Output: Menghasilkan maklumat dalam bentuk yang difahami oleh pengguna dan memaparkan maklumat seperti dalam bentuk skrin
3) Pemproses (CPU): Ialah litar eletronik yang menggunakan satu siri arahan untuk melaksanakan operasi aritematik, membuat keputusan, menghasilkan output dan menerima data.
4) Ingatan Utama; Tempat untuk menyimpan atur cara/data secara sementara (RAM)
5) Ingatan Bantu: Tempat untuk menyimpan atur cara/ data secara kekal(disket, cakra padat, dll).
UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)
Terdiri daripada berjuta-juta komponen elektronik yang bertindak sebagai pusat kawalan kepada keseluruhan sistem komputer. Antara fungsi utama CPU ialah;
1) mengawal penggunaan ingatan utama untuk menyimpan data dan maklumat
2) mengawal jujukan operasi
3) memberi arahan kepada semua bahagian komputer.
4) melaksanakan pemprosesan
Terdapat 2 komponen utama dalam CPU iaitu Unit Kawalan (CU) Unit Aritematik & Logik (ALU).
Peranan unit Kawalan (CU) ialah merupakan pusat kawalan komputer, menyelaraskan semua fungsi komputer dan mengawal operasi perkakasan. CU beroperasi secara mencapai arahan, mentaksirkan arahan dan mengarahkan ALU untuk melaksanakan arahan.
Peranan ALU pula melakukan fungsi-fungsi arimetik seperti + , - ,* , / dan fungsi logik < , >, =.
KEUPAYAAN ASAS PERKASASAN
Antara keupayaan asas perkakasan ialah;
1) menerima maklumat
2) maklumat dan data di dalam ingatan utama dan ingatan bantu
3) menyalin maklumat dari ingatan ke daftar
4) melaksanakan arahan di dalam dafta
5) melaksanakan arimetk bagi data-data bernombor
6) membandingkan data
7) menyimpan hasil data yang dilaksanakan di dalam daftar
8) menyalin kandungan daftar ke ingatan utama
9) menghantar output kepada alat
LITAR DALAM KOMPUTER
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.