tazkirah

SaBaR & IkHLaS

Tuesday 1 November 2011

MOTHER BOARD

 
Papan Induk (Mother Board)
 
Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat penting dalam sesebuah komputer.  Pemilihannya bergantung kepada tugasan yang hendak dibuat dan kemampuan upgrade.  Di atas papan induk akan diletakkan pelbagai perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya.  Ini bererti, semasa membeli papan induk, buatlah pemilihan yang bijak kerana perkakasan boleh ditambah tanpa perlu menukarkan papan induk.  Ada berbagai-bagai jenis papan induk mengikut prosesor yang hendak digunakan.
 
Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX.  Papan induk AT telah berada di pasaran sejak sekian lama.  Papan induk ATX memasukkan komponen seperti Port COM1, COM2, LPT1, USB dan PS/2 di atasnya tidak seperti papan induk AT.  Dengan sendirinya, papan induk ATX memeriukan kotak komputer jenis ATX dan bekalan kuasa jenis ATX juga.
 
 
Komponen-komponen papan induk
 
Papan induk mempunyai pelbagai komponen di atasnya dan berbeza dari sebuah ke sebuah mengikut jenis CPU yang hendak digunakan.  Komponen-komponen yang dimaksudkan seperti di bawah,
 
BIOS akronim bagi sistem input-output asas (basic input-output system), akan beroperasi dengan sistem mengenai maklumat perkakasan komputer semasa startup. la menyokong pemindahan data antara peranti-peranti perkakasan.  Kebanyakan BIOS di papan induk kini sudah Julus pepijat Y2K yang menjadi masalah besar semasa menjelang tahun 2000 dahulu.  Apa yang sebenarnya berlaku, pada masa mula-mula komputer dibina, storan terlalu kecil dan penjimatan ruangan menjadi kritikal.  Untuk menyelamatkan keadaan, tahun diberi dua angka sahaja dan apabila tiba tahun 2000, sistem akan beranggapan tahun berbalik kepada 1900. Kekeliruan ini disebut sebagai pepijat Y2K dan dibetulkan dengan menukar perisian atau perkakasan Y2K serasi.
 
Cache Aras 2 (L2 Cache) di papan induk sebenarnya sejenis RAM statik (static) bagi tujuan mempercepatkan operasi komputer. Lagi banyak cache lagi baik dan biasanya papan induk kini dibekalkan sebanyak 512 KB atau lebih.
 
Cipset adalah litar-litar bersepadu dalam satu unit untuk melakukan beberapa tugasan biasa.  Dalam papan induk, tugas cipset bagi menentukan berbagai-bagai perkara penting seperti kelajuan sistem bas, jenis PAM atau memori yang boleh digunakan, jenis CPU dan lain lain lagi.  Satu papan induk dengan yang lain amat berbeza bergantung kepada kemampuan dan kecanggihan sesuatu cipset itu.  Sesetengah pengeluar meningkatkan taraf kemampuan cipset dan papan induk yang sama sudah boleh melakukan perkara-perkara yang lebih baik dari sebelumnya.
 
Jenis jumper perlu juga diambil perhatian.  Ada papan induk menggunakan jumper fizikal dan sesetengahnya jenis suis.  Jumper jenis ketiga pula menggunakan CMOS setup untuk setkan jumper secara perisian.  Kebanyakan papan induk kini juga ada kombinasi CMOS setup dan jumper flzikal atau jumper dan suis.
 
Slot RAM bagi SIMM dan DIMM seharusnya mencukupi untuk tugasan.  Slot SIMM mempunyai 72 pin dan DIMM pula 168 pin. Slot RAM di papan induk kini kebanyakannya jenis DIMM.  Pemilihan RAM harus sesuai dengan papan induk agar kedua-duanya beroperasi dengan baik.
 
Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP sangat penting juga diberi perhatian, terutama slot PCI yang kini banyak perkakasan jenis slot tersebut.  Slot tambahan AGP pula untuk kad grafik yang lebih baik dari segi prestasi dan resolusi.
 
Slot FDD dan HDD adalah untuk pemacu cakera liut dan cakera keras.  Satu slot FDD boleh menampung dua pemacu cakera liut dan empat penyambung IDE0 dan cakera keras untuk IDE0 dan IDE1.  Ada kalanya sesetengah pengeluar IDE1 dinarnakan IDE1 dan IDE2 mengikut perkakasan.
 
Penyambung bekalan kuasa AT dan ATX kadang-kadang dibekalkan dalam satu papan induk, biasanya terdapat pada papan induk jenis lama.  Kebanyakan papan induk kini dibekalkan dengan penyambung ATX saja memandangkan keperluan voltan 3V untuk litar-litar tertentu dalam papan induk ATX berkenaan.
 
Penyambung USB seharusnya dibekalkan untuk semua papar induk kerana perkakasan jenis USB kini kian banyak.  USB 1.1 memindahkan data antara perkakasan jenis USB dengan komputer pada tahap 12 mbps iaitu 12 megabit sesaat.  Keluaran terbaru USB 2.0 bcleh menghantar data sepantas 480 mbps.
 
Komponen pengkalan (port) COM1, COM2 dan penyambung papan kekunci bersiri digunakan untuk disambungkan ke tetikus bersiri, modem luar dan papan kekunci bersiri mengikut susuran.  Port LPT1 (Line printer terminal) pula untuk perkakasan seperti pencetak, pengimbas, kamera video dan sebagainya.
 
PS/2 bererti 'personal system', penyambung yang digunakan kebanyakan komputer berjenama.  Perkakasan seperti tetikus dan papan kekunci kerap menggunakan kemudahan ini.
 
CMOS bermaksud complementary metal-oxide semiconductor untuk menyimpan maklumat perkakasan seperti jenis storan, jumlah RAM serta waktu dan tarikh.  Untuk mengubah senarai perkakasan dalam menu CMOS, tekan kekunci Del berulang kali semasa komputer sedang dimulakan.

Perkakasan Komputer

KOMPONEN ASAS


1) Input : digunakan untuk menghubung sistem komputer seperti memberi arahan , mendapatkan maklumat, memasukkan data
2) Output:  Menghasilkan maklumat dalam bentuk yang difahami oleh pengguna dan memaparkan maklumat seperti dalam bentuk skrin
3) Pemproses (CPU): Ialah litar eletronik yang menggunakan satu siri arahan untuk melaksanakan operasi aritematik, membuat keputusan, menghasilkan output dan menerima data.
4) Ingatan Utama; Tempat untuk menyimpan atur cara/data secara sementara (RAM)
5) Ingatan Bantu: Tempat untuk menyimpan atur cara/ data secara kekal(disket, cakra padat, dll).

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

Terdiri daripada berjuta-juta komponen elektronik yang bertindak sebagai pusat kawalan kepada keseluruhan sistem komputer. Antara fungsi utama CPU ialah;

1) mengawal penggunaan ingatan utama untuk menyimpan data dan maklumat
2) mengawal jujukan operasi
3) memberi arahan kepada semua bahagian komputer.
4) melaksanakan pemprosesan

Terdapat 2 komponen utama dalam CPU iaitu Unit Kawalan (CU) Unit Aritematik & Logik (ALU).

Peranan unit Kawalan (CU) ialah merupakan pusat kawalan komputer, menyelaraskan semua fungsi komputer dan mengawal operasi perkakasan. CU beroperasi secara mencapai arahan, mentaksirkan arahan dan mengarahkan ALU untuk melaksanakan arahan.

Peranan ALU pula melakukan fungsi-fungsi arimetik seperti + , - ,* , / dan fungsi logik < , >, =.

KEUPAYAAN ASAS PERKASASAN

Antara keupayaan asas perkakasan ialah;
1) menerima maklumat
2) maklumat dan data di dalam ingatan utama dan ingatan bantu
3) menyalin maklumat dari ingatan ke daftar
4) melaksanakan arahan di dalam dafta
5) melaksanakan arimetk bagi data-data bernombor
6) membandingkan data
7) menyimpan hasil data yang dilaksanakan di dalam daftar
8) menyalin kandungan daftar ke ingatan utama
9) menghantar output kepada alat

LITAR DALAM KOMPUTER

Konsep Asas Komputer

Secara teknikal komputer sebagai alat pengiraan. Tetapi komputer berbeza dengan alat lain kerana ia boleh diaturcarakan. Maksud aturcaraalah satu set arahan logik yang tersusun untuk mengarahkan komputer melaksanakan sasuatu tugas. Oleh itu, Komputer bolehlah dimaksudkan sebagai satu alat eletronik yang mendapat menerima satu set aturcara yang dibina untuk melaksanakan sesuatu tugas. Ia dapat menerima dan menyimpan data dan memproses data yang disimpan mengkut arahan tertentu dan seterusnya menghasikan output kepada pengguna.

Terdapat 2 jenis komputer :-
1) Komputer untuk kegunaan tertentu sahaja, seperti jam digital, yang mana arahan tidak boleh
diubah.
2) Komputer untuk kegunaan umum yang mana lebi fleksible berupaya menyimpan dan melaksana
arahan-arahan yang berbeza mengikut pengguna.

Komputer untuk kegunaan umum biasanya terdapat dalam berbagai saiz dan bentuk serta mempunyai keupayaan berbezaseperti keupayaan ingatan, menyimpan data, kelajuan memproses data , kos penggunaan. Komputer boleh dikelaskan seperti berikut :-

1) mikrokomputer seperti laptop, notebook, desktop
2) minikomputer
3) kerangka utama
4) super komputer

Mod Komputer  biasanya bergantung kepada keupayaan dan jumlah pengguna yang boleh disokong serentak.

1) Komputer peribadi untuk kegunaan peribadi dan biasanya kekuatannya bergantung kepada masing-masing.
2) Komputer Pusat .Pelbagai aturcara dan berkongsi masa.Sebuah komputer yang besar boleh dicapai oleh ramai penggunapada satu-satu masa.
3) Komputeraan Teragih. Setiap pengguna dapat mencapai aturcara/data disimpan di mana-mana mesin di dalam satu rangkaian.
4) Komputer pelanggan/pelayan yang dapat menyimpan satu atau lebih komputer yang digelar pelayan fail yang menyimpan aturcara/data. Biasanya pemprosesan dilakukan secara peribadi.

Friday 28 October 2011

CIAST

 This is website CIAST.

Check this >>>>>



http://www.ciast.gov.my

CIAST

Im currently in CIAST, Seksyen 19, Shah Alam until december..

Apa itu CIAST ??

Check this >>>>>



CIAST is an acronym for "Centre for Instructor & Advanced Skill Training" in Malaysia. It is under the aegis of the Manpower Department, Ministry of Human Resources and has been operational since 1984. Its establishment was sponsored by the Government of Japan under ASEAN Human Resources Development.The centre offer courses in Instructor Training, Supervisory Training and Advanced Skill Training for instructors, supervisors and skilled workers from the private and public sectors.
Early in year 1994, the new department "National Instructor Training Program" (NITP) was established. The objective is to prepare skilled and competent instructors for training centres and industries.